Thursday, June 11, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA


Seramai 40 oarang Ahli Belia Kampung kami telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Melaka sempena Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 di MITC Air Keroh Melaka. Lawatan ini sebagai hadiah galakan bagi ahli belia kampung kami kerana telah memenangi Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Peringkat Negeri. Sesungguhnya melalui lawatan ini telah membuka minda ahli belia di kampung kami.

PASUKAN BOLA JARING NAIB JOHAN KELANTAN


Pada 1 Mei yang lalu, kami telah menghantar Pasukan Bola Jaring ke Pertandingan Bola Jaring anjuran Jabatan Belia dan Sukan Peringkat Negeri. Pasukan kami yang diketuai oleh Puan Hasmin Kartini telah berjaya mendapat Ke Dua dalam pertandingan itu. Syabas..semuga terus mara

Sunday, May 3, 2009

PIDATO BELIA 2009 PERINGKAT NEGERI KELANTAN


Pada 3 Mei 2009, kami tealah menghantar Pengerusi Biro Antarabangsa ke Pertandingan Pidato Belia 2009 Peringkat Negeri Kelantan Sempena Sambutan Hari dan Minggu Belia Negara di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Meskipun persediaan yang dibuat tidak sampai 24 jam, namun keberanian Pengerusi Biro Antarabangsa kami itu amat dikagumi. Beliau memberitahu bahawa Beliau hendak menjadi role-model kepada rakan belia di kampung yang sanggup berpidato di hadapan penonton. Cabaran ini akan dijadikan peluang kepada beliau untuk terus aktif dalam Gerakan Belia bagi membimbing ahli-ahlinya agar berani menonjolkan keyakinan diri.
Katanya lagi..melalui pidato kita dapat menghuraikan isi-isi penting di samping dapat menyampaikan hasrat yang terkubu di hati. Pentas ini amatlah sesuai untuk menunjukkan ke terampilan diri asalkan ianya tidak lari dari landasan agama kita yang suci. Menurut beliau lagi, beliau hanya mengetahui Pertandingan ini selepas dimaklumkan oleh pihak Pegawai Belia dan Daerah Machang melalui Penasihat GB4B Cawangan Sega. Beliau berharap agar dapat semua ahli Gerakan Belia di Kelantan mencebulkan diri dalam bidang ini.

Wednesday, April 22, 2009

KAMI WAKIL NEGERI KELANTAN




Tidak disangka-sangka, Gerakan Belia 4B kampung kami telah berjaya memenangi Anugerah Belia Perdana Peringkat Negeri, oleh itu, pada hari ini, Gerakan Belia kami telah di datangi oleh Panel Penilai Peringkat Kebangsaan yang diketuai oleh Professor Dr. Kahiruddin Idris dari Universiti Putra Malaysia. Kami telah menyambut mereka dengan pasukan berkuda dan diiringi oleh Paluan Kompang seta Bungga Manggar, Kami juga bertuah kerana Ketua Jajahan Machang turut hadir iaitu Yang Mulia Tengku Azmi. Sambutan dimeriahkan lagi dengan alunan muzik tradisional. Sepanjang penilaian itu, banayak input yang kami dapati dan semakin kerdilnya persatuan kami. Namun..kami akan teruskan agenda untuk membantu para belia di kampung agar terus menjadi Modal Insan yang berguna.

Monday, April 13, 2009

PENDAFTARAN RAKAN MUDA SKUAD SUKARELAWAN KEMASYARAKATAN



Seramai 23 orang Ahli Belia Kampung Kami telah mendaftar untuk menyertai Skuad Sukarelawan Kemasyarakatan sempena dengan mesyuarat AJK Belia bersama Puan Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ( Puan Nor Hasahimah ) pada 12 APRIL 2009 di Kampung Pangkal Petai. Mesyuarat itu juga turut di hadiri oleh Ketua - Ketua Jabatan seperti Pegawai Daerah Machang, Pegawai dari Majlis Belia Negeri, MARA, PEJABAT kESIHATAN, AIM, PPK MACHANG,AADK, JABATAN BELIA DAN SUKAN, KEMAS. Tujuan mesyuarat ini ialah bagi membincangkan tentang kehadiran Panel Penilai Peringkat Kebangsaan ke Kampung Kami.

Saturday, March 28, 2009

BLOG BARU

Selain daripada blog ini anda semua juga boleh melawati blog baru di bawah..terdapat beberapa ruangan seperti aktiviti kampung, ruangan usahawan, resepi dan yang terbaru sekali ruangan perbincangan online (chatting). Blog masih lagi dalam proses pembangunan. Sebarang maklumat atau cadangan amatlah dialu-alukan.

http://petaivillage.blogspot.com/

Sunday, March 15, 2009

MESYUARAT AGUNG UNIT PELADANG PANGKAL PETAI




Unit Peladang Kampung kami telah mengadakan Mesyuarat Agung pada 15 MAC 2009 bertempat di Dewan GDW Pangkal Petai pada pukul 3:00 petang. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berusaha Tuan Haji Md Salim Bin Sulaiman, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan. Agenda Utama mesyuarat kami ialah untuk membaik pulih kolam ikan dan sawah terbiar. Kami juga mengusulkan bahawa perkataan petani ditukarkan kepada usahawan tani.

Saturday, March 14, 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL




Pada 11 MAC 2009, Kampung Kami telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul di Masjid. Pada sebelah petangnya kami bergotong royong menyediakan masakan. Di sebelah malam selepas solat Maghrib, kami adakan ceramah mengenai Sejarah Nabi Muhammad S.A.W dan dikuti oleh Selawat.

Thursday, February 26, 2009

GERAKAN BELIA 4B(M) CAWANGAN SEGA JOHAN ANUGERAH BELIA PERDANA PERINGKAT DAERAH MACHANG




Gerakan Belia 4B(M) Kampung Kami telah berjaya menjadi Johan Anugerah Peringkat Daerah Machang bagi tahun 2009. Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang Puan Azma Binti Yahya berkata, kami akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM3000, manakala RM3000 lagi berbentuk projek. Oleh itu pada 25 Februari yang lalu kami telah di datangi oleh Panel Penilai peringkat Negeri Kelantan yang di ketuai oleh En. Ruslan Zakaria, Timbalan Yang Dipertua, Majlis Belia Kelantan. Harapan kami agar Gerakan Belia 4(B) Kampung kami akan berjaya.

Sunday, February 8, 2009

TRACKING BUKIT KEPANG KE BUKIT BAKA




Ahli-Ahli Gerakan Belia 4B Kampung Kami telah membuat Jungle Tracking di Bukit Nenas dan Bukit Kepang. Laluan ini adalah bersambung dengan Bukit Baka dimana ia amat dikenali dengan Air Terjun yang nyaman. Seramai 23 orang ahli Belia dan Beliawanis mengikuti program ini dan ianya dirasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang. Turut serta dalam program ini ialah dua orang ahli rela untuk memastikan keselamatan kami. Di puncak bukit kami dapat lihat dengan jelas pemandangan Bandar Machang. Laluan ini akan dijadikan aset bagi kampung kami kerana pada peringkat ini rundingan sedang di buat dengan pihak Jabatan Perhutanan dan Majlis Daerah Machang. Perjalanan ini mengambil masa 4 jam dengan tempat rehat.

WAWASAN KAMPUNG


Untuk memastikan impian kampung kami tercapai. Kami telah gariskan 10 Wawasan. Antara nya
1. Kampung Maju 2010
2.Sifar Jenayah Sifar Dadah
3.100 Belia Berijazah / Diploma
4.Kampung Perlancungan
5.Pusat Info Desa Cemerlang
6.Mewujudkan 25 Usahawan
7. Adakan 7 buah Industri Kecil
8.Mengujudkan Pertanian Baik
9.Kampung Bermaklumat
10.Kampung Berdaing Saing Dalam Semua Aspek.

SEJARAH KAMPUNG


Kampung Pangkal Petai diberi nama semenjak tahun 1880 sempena Pokok Petai yang tumbuh liar, rendang dan mengeluarkan buah yang lebat di kawasan ini. Lebih seabad yang lalu, Hutan Cerang di kawasan ini telah terbakar, hangus keseluruhan sehingga menjadi sebagai sebuah padang. hanya yang tinggal hanyalah sebatang pokok petai, serumpun rotan sega dan sebatang pokok merkel dan di tenpat yang rendah dimana air bertakung menjadi hijau warnanya.

Pereistiwa ini diketahui oleh satu keluarga dari Kemuning yang terdiri dari Haji Abdullah yang bijak lagi lebai, Tok Besar yang gagah, Tok Sulaiman yang berani dan pandai bermain senjata dan Tok Senik yang bijak menjadi Penghulu telah bersetuju menjadikan kawasan penempatan dan mereka menamakan kawasan ini sebagai Kawasan Cherang Hangus, Kampung Sega, Kampung Pangkal Petai, Kampung Merkel dan Kampung Air Hijau.