Saturday, February 27, 2010

Pewaris Kemerdekaan


Kami menyahut cabaran untuk menyertai pertandingan mencipta bendera Malaysia sempena menyambut Hari Kemerdekaan, Meskipun serba kekurangan dari segi peralatan dan kewangan, kami tetap menyiapkan bendera gergasi sebagai tanda kasih kami kepada negara tercinta ini.

Thursday, June 11, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA


Seramai 40 oarang Ahli Belia Kampung kami telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Melaka sempena Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 di MITC Air Keroh Melaka. Lawatan ini sebagai hadiah galakan bagi ahli belia kampung kami kerana telah memenangi Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Peringkat Negeri. Sesungguhnya melalui lawatan ini telah membuka minda ahli belia di kampung kami.

PASUKAN BOLA JARING NAIB JOHAN KELANTAN


Pada 1 Mei yang lalu, kami telah menghantar Pasukan Bola Jaring ke Pertandingan Bola Jaring anjuran Jabatan Belia dan Sukan Peringkat Negeri. Pasukan kami yang diketuai oleh Puan Hasmin Kartini telah berjaya mendapat Ke Dua dalam pertandingan itu. Syabas..semuga terus mara

Sunday, May 3, 2009

PIDATO BELIA 2009 PERINGKAT NEGERI KELANTAN


Pada 3 Mei 2009, kami tealah menghantar Pengerusi Biro Antarabangsa ke Pertandingan Pidato Belia 2009 Peringkat Negeri Kelantan Sempena Sambutan Hari dan Minggu Belia Negara di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Meskipun persediaan yang dibuat tidak sampai 24 jam, namun keberanian Pengerusi Biro Antarabangsa kami itu amat dikagumi. Beliau memberitahu bahawa Beliau hendak menjadi role-model kepada rakan belia di kampung yang sanggup berpidato di hadapan penonton. Cabaran ini akan dijadikan peluang kepada beliau untuk terus aktif dalam Gerakan Belia bagi membimbing ahli-ahlinya agar berani menonjolkan keyakinan diri.
Katanya lagi..melalui pidato kita dapat menghuraikan isi-isi penting di samping dapat menyampaikan hasrat yang terkubu di hati. Pentas ini amatlah sesuai untuk menunjukkan ke terampilan diri asalkan ianya tidak lari dari landasan agama kita yang suci. Menurut beliau lagi, beliau hanya mengetahui Pertandingan ini selepas dimaklumkan oleh pihak Pegawai Belia dan Daerah Machang melalui Penasihat GB4B Cawangan Sega. Beliau berharap agar dapat semua ahli Gerakan Belia di Kelantan mencebulkan diri dalam bidang ini.

Wednesday, April 22, 2009

KAMI WAKIL NEGERI KELANTAN




Tidak disangka-sangka, Gerakan Belia 4B kampung kami telah berjaya memenangi Anugerah Belia Perdana Peringkat Negeri, oleh itu, pada hari ini, Gerakan Belia kami telah di datangi oleh Panel Penilai Peringkat Kebangsaan yang diketuai oleh Professor Dr. Kahiruddin Idris dari Universiti Putra Malaysia. Kami telah menyambut mereka dengan pasukan berkuda dan diiringi oleh Paluan Kompang seta Bungga Manggar, Kami juga bertuah kerana Ketua Jajahan Machang turut hadir iaitu Yang Mulia Tengku Azmi. Sambutan dimeriahkan lagi dengan alunan muzik tradisional. Sepanjang penilaian itu, banayak input yang kami dapati dan semakin kerdilnya persatuan kami. Namun..kami akan teruskan agenda untuk membantu para belia di kampung agar terus menjadi Modal Insan yang berguna.

Monday, April 13, 2009

PENDAFTARAN RAKAN MUDA SKUAD SUKARELAWAN KEMASYARAKATAN



Seramai 23 orang Ahli Belia Kampung Kami telah mendaftar untuk menyertai Skuad Sukarelawan Kemasyarakatan sempena dengan mesyuarat AJK Belia bersama Puan Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ( Puan Nor Hasahimah ) pada 12 APRIL 2009 di Kampung Pangkal Petai. Mesyuarat itu juga turut di hadiri oleh Ketua - Ketua Jabatan seperti Pegawai Daerah Machang, Pegawai dari Majlis Belia Negeri, MARA, PEJABAT kESIHATAN, AIM, PPK MACHANG,AADK, JABATAN BELIA DAN SUKAN, KEMAS. Tujuan mesyuarat ini ialah bagi membincangkan tentang kehadiran Panel Penilai Peringkat Kebangsaan ke Kampung Kami.

Saturday, March 28, 2009

BLOG BARU

Selain daripada blog ini anda semua juga boleh melawati blog baru di bawah..terdapat beberapa ruangan seperti aktiviti kampung, ruangan usahawan, resepi dan yang terbaru sekali ruangan perbincangan online (chatting). Blog masih lagi dalam proses pembangunan. Sebarang maklumat atau cadangan amatlah dialu-alukan.

http://petaivillage.blogspot.com/